Isnin, 2 November 2009

Assalamualaikum wbrt...


Dalam pemerhatian aku, dunia IT hari ini telah berjaya melahirkan manusia-manusia kreatif dalam menganalis sesuatu peristiwa dan masalah yang berlaku. Hal ini tidak terkecuali dalam soal politik khususnya politik Malaysia. Kita boleh mengakses banyak maklumat politik tanahair meskipun kurang sejam berada depan PC atau notebook. Banyak blog-blog Pro BN mahupun Pro PR yang boleh kita akses.......

Di alam siber ini, orang UMNO boleh menjadi orang PAS, begitu juga orang PAS pasti boleh jadi orang UMNO...... siapa tahu kan? Malah sesiapa sahaja boleh mengaku dan mendakwa dia ahli PKR, PPP, MCA, MIC, DAP atau GERAKAN.

Aku tertarik dengan isu ini kerana apa yang aku perhatikan, banyak blog-blog yang mengkritik pimpinan PAS khususnya tanpa adab sebenar sebagai seorang ahli jamaah Islam. Bahasa yang mereka gunakan amat jelik sekali tetapi mengaku ahli PAS. Begitu juga dengan berita yang tersebar amat mudah dipercayai meskipun tanpa asas dan kenbenarannya. Mereka yang mengaku ahli PAS ini terlalu mudah menyebarkan fitnah yang memburuk-burukkan pimpinan. Pantang sekali pimpinan tersalah kata, pasti akan dibelasah cukup-cukup.

Kadang-kadang aku juga terkeliru dan terpengaruh dengan mereka ini.....Buat semua penyokong dan pendokong jamaah Islam PAS, marilah sama-sama kita sedar dan insaf akan perkara ini. Mereka tidak senang bila melihat kita bersatu hati untuk memenangkan Islam. Mereka risau bila kita menjadi pilihan rakyat pelbagai kaum.

Namun begitu, tidak terkecuali juga kepada ahli PAS yang suka mengkritik dari menguatkan jamaah. Apa yang penting, pentarbiyyahaan ahli perlu dipergiatkan, usrah harus diperkasakan lagi.

Teguhkan Jamaah, Teruskan Jihad.... Allahuakbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan