Selasa, 22 September 2009

Senarai Sasterawan Negara

Berikut adalah senarai penulis yang telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara iaitu anugerah tertinggi sastera negara :

1. Kamaluddin Muhammad (Kerismas) - 1981
2. Shahnon Ahmad - 1982
3. Datuk Dr. Usman Awang - 1983
4. Datuk Samad Said - 1986
5. Muhamad Abdul Biang - 1988
6. Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh - 1991
7. Datuk Nordin Hassan - 1993
8. Datuk Abdullah Hussein - 1996
9. S. Othman Kelantan - 2003
10. Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan - 2009

Apakah kriteria yang diperlukan oleh seseorang sasterawan bagi melayakkannya memperolehi anugerah tersebut?

Chua Soi Lek sertai PR?

Hari ni bila aku buka Sinar Harian aku terbaca pelawaan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Chua Soi Lek, katanya :

" Adalah lebih baik jika Soi Lek menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana peluangnya lebih cerah."

Mempelawa dan mengajak pimpinan BN menyertai PR adalah langkah yang bijak tetapi perlu diingat tidak semua pemimpin BN sesuai diajak untuk bersama PR. Pemimpin yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang buruk jika menyertai PR pasti akan merosakkaan imej PR. Jika keadaan ini berlaku, tiada bezanya di antara PR dan BN.

Dalam situasi di atas, pada pendapat aku Chua Soi Lek tidak sesuai sama sekali untuk berada dalam Pakatan Rakyat berdasarkan keperibadian beliau. Aku harap pimpinan PR perlulah membuat penilaian terlebih dahulu sebelum mempelawa mana-mana individu untuk bersama PR.

Raya Dah Tamat

Assalamualaikum...

Hari ini hari raya ke-3..... Rasanya dah cukuplah untuk aku beraya. Lepas ni tidak ada istilah rumah terbuka bagi aku. Esok dah boleh start puasa 6.

Selasa, 15 September 2009

F1 1Malaysia

Semalam PM 1Malaysia telah umumkan, Malaysia akan ada pasukan F1 sendiri pada tahun depan. Pasukan ini akan menggunakan kepakaran dan teknologi tempatan sepenuhnya.

Horey............ Pasti nama Malaysia akan terkenal seantaro dunia. Rakyat pasti merasa bangga kerana ratusan juta duit mereka telah digunakan dengan penuh berhemah oleh negara.

Rakyat didahulukan, F1 diutamakan. Pasti rakyat akan dapat mendapat pelbagai nikmat daripada pasukan F1 ini nanti. Pendapatan rakyat pasti bertambah-tambah lagi. Tak sabar rasanya nak lihat pasukan F1 berlumba di litar-litar seluruh dunia

Tahniah 1Malaysia.

Jumaat, 11 September 2009

Blog 11/09 muncul pada 12/09

Assalamualaikum wbrt.

Sebuah lagi blog muncul pada hari ini di celah-celah jutaan blog yang sedia ada. Blog ini muncul lewat sehari dari namanya.

Blog ini tidak ada sebarang kaitan dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 2001 di US. 11 September ada makna yang tersendiri pada penulis.

Diharapkan blog ini akan menjadi salah satu blog yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta ini......

Wasalam


-Keyman-